Thursday, December 23, 2010

Cinderella



why cinderella ? ntah tibe2 terdetik hati nak cerita
pasal story yang disukai ramai kan .
mesti ramai pernah tengok cerita ni kan ?
macam-macam versi ada , tapi yang pelik nya cerita nie betul-betul
wujud atau sekadar mitos ? ade yang berpendapat cerita nie sekadar mitos
yang direka untuk memberi pengajaran dan renungan bersama .
dan ada pula kata cerita benar-benar wujud pada satu masa dahulu .
itu saya pun tak pasti . yang seronok nya sehingga kini
cerita tersebut seolah-olah terus wujud dizaman ini .
kanak-kanak juga mengenali tentang seorang puteri
yang diberi nama CINDERELLA , cinderella seorang
wanita yang cantik yang disuruh untuk menjadi orang gaji
dirumah ibu tiri nya yang kejam . cinderella selalu didera oleh ibu tirinya
dan 2 adik tirinya yang lain . Pada suatu hari cinderella ingin pergi ke
sebuah majlis menari yang diadakan oleh seorang putera raja yang kacak
tetapi malang nya ibu tirinya tahu akan niat nya
untuk menhadiri majlis tersebut
ibu tirinya telah mengunci cinderella didalam sebuah bilik
tiba-tiba muncul seorang pari-pari yang baik hati telah menolongnya
pari-pari tersebut telah menukar baju cinderella yang buruk itu
menjadi sangat cantik .akhirnya cinderella dapat
juga menghadiri majlis tersebut apabila sampai di majlis
tersebut Putera yang kacak itu sungguh
terpegun melihat kecantikan cinderella . mereka menari sehingga tepat
pada pukul 12 tengah malam cinderella harus pergi kerana
cinderella akan bertukar kepada dirinya yang asal
gaunnya yang cantik itu juga akan bertukar apabila cinderella
lari menuruni tangga sebelah kasut kacanya tertanggal . putera kacak
yang tidak mengenali cinderella telah mengambil kasut tersebut
dan ingin mencari siapa yang telah memakai kasut tersebut
pada keesokan harinya putera kacak itu telah berusaha untuk mencari
pemakai kasut kaca itu sehingga la putera kacak itu terjumpa
cinderella apabila putera itu memakai kan kasut itu pada cinderella
kasut kaca itu memang padan dengan kaki cinderella .
akhirnya cinderella & putera raja itu pun berkahwin
dan hidup bahagia selamanya :)

jadi itula serba sedikit jalan cerita cinderella yang saya tau .
sama ada cerita itu sekadar mitos atau benar ia menarik ramai
orang untuk menontont cerita itu lebih-lebih lagi
kanak-kanak yang gemar akan pada alam fantasi :)

p/s : siapa yang tak nak jadi cantik & bertuah seperti
CINDERELLA kan :)